Ucapan Penghargaan & Tahniah – SPPIM 2025
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kejayaan cemerlang para pelajar Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Amin (Putra Mahkota) dalam Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM-MUSLEH (SPPIM) bagi tahun 2025.
Dengan penuh rasa bangga dan syukur, pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga kepada:
Para pelajar – atas usaha gigih, kesungguhan dan komitmen tinggi yang telah membuahkan hasil. Seramai 24 orang pelajar telah memperoleh 8A, manakala GPS keseluruhan sekolah mencatatkan 1.2, pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun.
Barisan guru – atas dedikasi, kesabaran dan keikhlasan dalam mendidik serta membimbing anak-anak dengan penuh kasih sayang dan hikmah.
Ibu bapa dan penjaga – atas sokongan padu, doa yang tidak putus dan kerjasama erat dalam membentuk generasi rabbani yang berakhlak mulia dan berilmu.
Kejayaan ini bukan sekadar angka, tetapi cerminan kepada keberkesanan sistem pentaksiran holistik SPPIM dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, intelek dan sahsiah – selaras dengan matlamat melahirkan khalifah Allah yang mampu memimpin dan memberi manfaat kepada ummah.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada semua warga sekolah untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
“Melahirkan Insan Rabbani, Membina Generasi Harapan Ummah”
Sekian, terima kasih.
Alhamdulillah, majlis Solat Hajat Solidariti Sumud Flotilla yang diadakan pada Rabu, 1 Oktober telah berlangsung dengan penuh khusyuk dan semangat.
Program ini dapat memberi pendedahan kepada anak-anak agar cakna dengan isu ummah khususnya. Solat Hajat juga bertujuan untuk bersama-sama menadah tangan, memohon perlindungan dan kemenangan buat saudara kita di bumi Palestin, dan saudara seperjuangan daripada pasukan Sumud Flotilla yang membawa misi kemanusiaan.
Majlis dimulakan dengan perkongsian ringkas daripada wakil guru, Muallimah Amalina & Muallimah Haniesah, yang menceritakan tentang Sumud Flotilla dan menekankan kepentingan doa sebagai senjata orang beriman. Seterusnya, Muallim Isa & Muallim Aizuddin menjadi imam memimpin solat hajat dua rakaat dengan suasana yang penuh ketenangan.
Bacaan doa selepas solat disambut dengan penuh pengharapan, menandakan kesungguhan dan keikhlasan semua dalam memohon pertolongan Allah SWT.
Program ditutup dengan bacaan Qunut Nazilah.
Semoga setiap doa yang dipanjatkan diterima Allah SWT dan menjadi penyumbang kepada kekuatan serta kemenangan rakyat Palestin.
"Doa kecil dari kita, insya-Allah membawa perubahan besar buat ummah."
📢 HEBAHAN PENTAKSIRAN BERTULIS SPPIM TAHUN 6 📢
Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Amin (Putra Mahkota) mengucapkan selamat menduduki Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM-MUSLEH (SPPIM) Tahun 6 kepada semua calon.
Peperiksaan ini merupakan pentaksiran komprehensif yang merangkumi pelbagai subjek utama seperti:
📘 Akhlak, Akidah, al-Quran, al-Quran Hafazan, Bahasa Arab, Fekah, Sirah
📘 TKRSM (Daya Ketahanan, Disiplin, Kemahiran Sosial, Kepimpinan)
Semoga semua murid Tahun 6 diberi kemudahan, ketenangan, dan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan ini. Pihak sekolah mendoakan agar usaha gigih dan kesungguhan anak-anak semua diberkati Allah SWT.
✨ “Man jadda wajada – Barang siapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.” ✨
PERMOHONAN DARJAH 2 HINGGA 6 SESI PERSEKOLAHAN 2026
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN :
CARA-CARA MEMOHON:
1. Bayaran pemprosesan RM30.00 boleh dibuat secara pindahan atas talian (Online Transfer)/ QR . Resit/slip WAJIB disimpan dalam salinan PDF.
Untuk pembayaran secara pindahan atas talian:
(SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA SDN BHD)
No akaun Bank Muamalat: 1210-0001259-712
QR Code
2. Dokumen-dokumen yang LENGKAP perlu dimuat naik dalam bentuk PDF (kurang 1MB) ke dalam borang permohonan atas talian:
3. HANYA PERMOHONAN YANG LENGKAP BESERTA DOKUMEN YANG DIMUATNAIK DI WEBSITE SAHAJA AKAN DIPROSES.
4. ISI BORANG SOAL SELIDIK IBU BAPA DAN EMAILKAN ke srialaminputramahkota@musleh.edu.my
(TAJUK EMAIL : NAMA ANAK-Permohonan Darjah XX 2026)
*Jika permohonan lebih dari seorang anak, sila emailkan satu sahaja borang soal selidik berdasarkan anak yang paling kecil sahaja.
Sila tekan LINK untuk Memohon - https://my06.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=alaminpm
Muat turun Borang Soal Selidik Ibu Bapa - https://bit.ly/BorangSoalSelidikIbuBapa
UJIAN KEMASUKAN DAN TEMUBUAL IBU BAPA MURID TAHUN 1 & MURID BAHARU SESI PERSEKOLAHAN 2026 SEKOLAH .... Baca Lagi